IQWAN: Sistem Pengurusan Pelajar dan Kampus

IQWAN: Sistem Pengurusan Pelajar dan Kampus

Anda mungkin bersetuju dengan 4 kenyataan di bawah:

#1 – Institusi Pendidikan sering menghadapai masalah untuk memilih Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar bagi kegunaan institusi mereka.

#2 – Mereka mungkin berdepan dengan harga yang sangat mahal seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pembekal dan perisian besar.

#3 – Syarikat perisian mungkin menawarkan perisian yang tidak memenuhi keperluan institusi.

#4 – Selalu menghadapi isu “pelaksanaan yang gagal” dimana membazirkan bajet kementerian pendidikan yang seharusnya digunakan untuk keperluan kemudahan pembebelajaran.

Berdasarkan perkara tersebut, anda perlu tahu tentang IQWAN.

Sistem Pengurusan Pelajar dan Kampus IQWAN telah dibangunkan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam persekitaran akademik. Pada permulaanya, sekitar tahun 1998, ia telah dibangunkan sebagai perisian dalaman bagi memenuhi kegunaan staff akademik, pensyarah dan pelajar sebuah universiti. Semenjak itu, fungsi-fungsi IQWAN telah ditingkatkan bersama dengan aspek lain seperti teknologi dan pemprosesan data yang lebih baik.

IQWAN dibangunkan dengan matlamat memenuhi keperluan institusi akademik. Fitur yang terdapat dalam sistem telah dikonfigurasikan bersesuaian dengan pelbagai jenis persekitaran pendidikan seperti:

  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah
  3. Kolej dan Universiti

Walau bagaimanapun, institusi anda mungkin mempunyai prosedur atau keperluan yang berlainan. Oleh itu, IQWAN menawarkan pilihan pengubahsuaian sistem. Setiap pengubahsuaian, dilakukan dengan kerjasama dan hasil maklumbalas pengguna sehingga ia memenuhi dengan apa yang diperlukan.

Jika anda seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berkait rapat dengan pendidikan. Sistem ini mungkin menjadi salah pilihan yang perlu anda terokai.

 


Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di Facebook Page IQWAN Student & Campus Management System


 

 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen