Safari Stall Bantu Peniaga Jalanan Transformasi Digital

Safari Stall Bantu Peniaga Jalanan Transformasi Digital

Negara sekarang berada pada pasca Covid19. Sudah banyak industri dibuka dan ekonomi kian kembali pulih. Walaubagaimanapun, usahawan perlu bijak mencari jenis perniagaan agar tidak terbeban di kemudian hari.

Antara industri yang dijangka cepat pulih adalah industri F&B. Safari Stall adalah konsep yang diperkenalkan oleh syarikat Safari FnB Sdn Bhd, bagi tujuan untuk membantu peniaga jalanan bagi mentransformasikan perniagaan mereka ke arah dunia digital.

Berikut adalah temubual bersama En Faridzul, Director Safari F&B Sdn Bhd.

#1 – Apa itu Safari Stall?

Safari Stall merupakan konsep jualan jalanan yang mengetengahkan MUDAH dan MURAH.

Mudah kerana hanya perlukan seorang sahaja untuk set-up tempat jualan dan juga untuk kendalikan operasi. Kami gunakan Safari Gas yang ringan untuk memudahkan lagi pengendalian di stall jualan.

Murah kerana untuk memulakan perniagaan ini, hanya perlukan modal serendah RM 3000 sahaja.

Apa yang menarik, kami akan membantu peniaga untuk siap sediakan mereka dengan dunia digital, seperti Hyperlocal Marketing dan Food Delivery System. Semua ini akan disediakan supaya operasi perniagaan lebih tersusun dan memperolehi keuntungan selagi mana berusaha.

#2 – Di peringkat mana projek ini sekarang?

Masih lagi diperingkat awal, kami baru sahaja menubuhkan syarikat Safari FnB Sdn Bhd dengan menggunakan konsep crowdfunding. Masih banyak lagi perancangan yang perlu dilakukan. Doakan kami.

#3 – Crowdfunding yang bagaimana?

Konsep crowdfunding yang saya maksudkan adalah mengumpulkan beberapa orang untuk jalankan satu tujuan. Seperti Safari FnB Sdn Bhd ini, kami mengumpulkan 10 orang shareholder yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti cheff, cikgu, banker, pengendali makanan, pemilik restoran dan beberapa latar belakang lagi.

Kita bekerjasama dan bangunkan syarikat supaya sama-sama memperoleh keuntungan.

#4 – Menarik, bagaimana orang awam boleh sertai?

Buat masa ini, kami sudah menutup peluang untuk menjadi shareholder. Syarikat sudah pun ditubuhkan.

Bagi tempoh enam bulan yang akan datang, kami akan kendalikan sendiri 10 Safari Stall di kawasan Lembah Klang dan pada awal tahun hadapan, bagi orang awam yang ingin menjual menggunakan Safari Stall, kami akan buka peluang untuk mereka mendapatkannya daripada kami. Doakan kami ya dalam misi menaikkan nama Malaysia dalam bidang FnB.

#5 – Kata akhir dan harapan untuk projek ini?

Bisnes FnB ini memang punyai potensi yang sangat tinggi. Kita sebagai usahawan perlulah selangkah kedepan, terutama mendepani cabaran dunia digital, siap siagakan perniagaan kita ke arah itu. Sekarang ini ada banyak model bisnes, kedai belum buka tapi makanan sudah sold-out. Semua itu adalah model yang kita perlu belajar dan buat.

Kita akan kalah jika kita menjahui teknologi. Harapan saya agar kita boleh adaptasi teknologi ini untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

 


Kami di smeniaga berharap agar projek ini dapat berjalan dengan lancar dan usahawan yang ingin mengikuti perkembangan projek ini bolehlah ke laman web safaritechs.com atau facebook personal En Faridzul di fb.com/faridzulasyraf

Kongsikan Artikel Ini

Satu Komen mengenai “Safari Stall Bantu Peniaga Jalanan Transformasi Digital”

Tinggalkan Komen