Apakah yang dimaksudkan dengan sistem POS? atau ejaan penuhnya adalah Point Of Sale System merupakan nadi kepada semua perniagaan termasuklah kedai runcit. Sejak dari sistem POS yang dahulu menggunakan tunai dalam urusan urusniaga sehinggalah ke era digital pada zaman sekarang, sistem POS kekal relevan dan sangat membantu dalam urusniaga. Sistem POS sinonim dengan POS terminal dan sebenarnya POS terminal merupakan salah satu bahagian dalam sistem POS. Sistem POS terdiri daripada perisian POS dan juga POS hardware yang berbentuk fizikal.
Variasi Sistem POS
Adakah sistem POS sama untuk semua jenis perniagaan?. Sistem POS boleh didapati dalam pelbagai jenis bergantung kepada penggunaan dalam urusniaga. Sebagai contoh, pengurusan di pasaraya akan menggunakan sistem POS yang sedikit kompleks berbanding di kedai runcit kerana bilangan produk jualan yang banyak. Begitu juga dengan kedai makanan, sistem POS akan dibentuk agar pelanggan senang untuk memesan makanan mengikut citarasa yang diinginkan.
Selain daripada berbentuk fizikal dan software, terdapat juga sistem POS yang berasaskan teknologi pengkomputeran awan (cloud computing). Sistem POS berbentuk applikasi dalam telefon pintar juga boleh didapati dan boleh digunakan untuk perniagaan individu dan kecil. Untuk perniagaan skala sederhana dan besar, sistem POS yang lengkap bersama perisian POS yang sesuai beserta terminal POS akan diperlukan.
Cuba Secara Langsung
Di mana saya boleh dapatkan maklumat berkenaan dengan sistem POS ini ?. Sebagai contoh, sistem POS yang ditawarkan dalam www.urusniaga.my juga adalah yang terbaik yang boleh didapati dalam pasaran. Dalam sistem POS, penyesuaian kepada sesuatu perniagaan dan urusniaga adalah kekunci utama agar ianya akan memudahkan penjual dan pembeli pada masa yang sama.
Dalam perniagaan runcit, sistem POS yang diperlukan adalah tidak sekompleks perniagaan secara borong dan pasaraya. Dalam urusniaga.my, sistem POS yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan perniagaan runcit dan harganya juga sangat berpatutan di samping diberikan tempoh percubaan secara percuma!. Jika memerlukan maklumat tambahan, bolehlah ke laman web mereka https://urusniaga.my untuk pertanyaan yang lebih lanjut.
Pilihan
Jika dahulu, kebanyakan pembeli adalah menggunakan tunai semasa berurusniaga. Dalam era digital sekarang, sistem POS telah berevolusi mengikut peredaran zaman. Kebanyak sistem POS masa kini sudah boleh menerima bayaran dalam bentuk tanpa tunai. Ianya memudahkan pelanggan dan pembeli dan secara langsung mempercepat urusan jual beli. Dalam sistem POS, kelajuan sistem adalah sesuatu yang sangat penting kerana ini akan menentukan kelancaran jual beli. Jadi, harus diteliti dengan baik sebelum melanggan sebarang sistem POS dan langganlah daripada pembekal yang dipercayai dan mempunyai perkhidmatan selepas jualan yang terbaik.
Featured Image: Business photo created by pressfoto – www.freepik.com