Perlu Tahu, Apa Itu Ekonomi Gig

Perlu Tahu, Apa Itu Ekonomi Gig

Ekonomi Gig: frasa yang diperkatakan apabila perbincangan bertumpukan kepada landskap kerja semasa untuk golongan profesional muda, siswazah baharu, mendapat kerja, pekerjaan apa pun untuk menyara hidup.

Namun apakah sebenarnya ekonomi gig ini?. Apakah kesulitan atau kelebihan menjadi sebahagian daripada Ekonomi Gig?. Dan apa yang menanti mereka yang bergantung kepada kerja separuh masa, atau sementara ini?

Apa itu Ekonomi Gig?

Ringkasnya, Ekonomi Gig ialah pasaran buruh bercirikan kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu. Ia dipacu oleh persekitaran digital, dan kesediaan aplikasi yang secara langsung menyampaikan maklumat dan peluang untuk bekerja.

Ekonomi gig hari ini hampir sama dengan kerja bebas – yang semua orang tahu mengenai kesan positif dan negatifnya, dan yang menawarkan peluang serta ketidaktentuan, semuanya pada masa yang sama. Segmen ekonomi yang semakin meningkat ini, terutama bagi generasi muda yang lebih sesuai dengan persekitaran digital.

Faktor berkembangnya Ekonomi Gig

1 – Bekerja di mana sahaja

Tenaga kerja menjadi semakin mudah alih dan kerja semakin mudah untuk dilakukan dari mana-mana sahaja. Sehingga pekerjaan dan lokasi hampir tidak diperlukan lagi. Ini bermakna bahawa para freelancer boleh memilih pekerjaan sementara dan mengambil apa saja projek di seluruh dunia, sementara para majikan boleh memilih individu-individu yang terbaik untuk menjalankan projek-projek tertentu.

2 – Perkembangan digital

Digitalisasi turut menyumbang secara langsung kepada pengurangan kerja kerana perisian telah menggantikan beberapa jenis pekerjaaan untuk memaksimumkan kecekapan masa. Pengaruh lain termasuklah beban kewangan dalam perniagaan yang membawa kepada tenaga kerja fleksibel dan kemasukan generasi milenial ke dalam pasaran buruh.

3 – Bertukar-bertukar syarikat bekerja

Realiti semasa adalah bahawa orang cenderung untuk menukar pekerjaannya beberapa kali sepanjang hidup mereka, lalu Ekonomi Gig dilihat sebagai evolusi terhadap kecenderungan tersebut.

4 – Sumber kewangan syarikat terhad

Dalam sudut perniagaan. Ekonomi Gig bantu menjimatkan sumber-sumber dari segi faedah, ruang pejabat dan latihan. Mereka juga punya keupayaan untuk berunding dengan para pakar untuk projek-projek tertentu yang sebelum ini mungkin menelan belanja yang besar untuk mengekalkan kakitangan.

5 – Keseimbangan hidup dan kerja

Daripada perspektif freelancer, Ekonomi Gig dapat meningkatkan keseimbangan hidup dan kerja lebih daripada apa yang mereka boleh dapatkan di kebanyakan pekerjaan. Secara idealnya, model ini dikuasakan oleh para pekerja bebas yang memilih pekerjaan yang mereka minati. Dan bukannya menjadi orang yang terpaksa masuk ke posisi tertentu, yang mana pada akhirnya tidak dapat memperoleh pekerjaan, mereka mengambil apa-apa sahaja “gig” sementara yang mereka boleh dapatkan.

Ekonomi gig adalah sebahagian daripada peralihan persekitaran budaya dan perniagaan. Ini termasuklah Ekonomi Perkongsian, Ekonomi Pemberian, dan Ekonomi Barter.

Kelebihan dan kekurangan Ekonomi Gig

Bagi para majikan, Ekonomi Gig adalah saranan menang-menang (win-win proposition). Perniagaan boleh dengan cepat mengadakan kontrak dengan para pakar untuk projek-projek secara individu tanpa melibatkan kos yang membebankan seperti ruang pejabat, latihan, dan faedah. Bagaimanapun, bagi para pekerja, gig freelancing ianya boleh menjadi bercampur antara kebaikan dan keburukan.

Kelebihan kerja secara gig

1 – Fleksibiliti

Tidak seperti pekerja tradisional, pekerja gig bebas memilih jenis pekerjaan yang mereka mahu lakukan di mana dan bila-bila masa. Keupayaan bekerja dari rumah dapat membantu pekerja mengimbangi jadual dan permintaan antara kerja dan keluarga.

2 – Kebebasan

Bagi orang yang gemar bersendiri ketika menyelesaikan tugasan, kerja gig adalah kerja yang ideal. Mereka tidak akan terhalang dengan gangguan tradisional kerja di pejabat seperti mesyuarat kakitangan, ulasan kemajuan kerja, sesi gosip, dan sebagainya. Pekerja-pekerja Ekonomi Gig kebiasaannya diberikan kebebasan hampir tanpa had untuk melakukan kerja mereka dan bagaimana mereka fikir ianya harus dilakukan.

3 – Kepelbagaian

Setiap hari menghadap situasi yang sama sebagaimana yang berlaku di pejabat jarang berlaku dalam kerja gig. Kepelbagaian dalam tugasan dan pelanggan setiap hari memastikan kerja lebih menarik, dan ianya membantu para pekerja gig menjadi lebih bersemangat dan kreatif dalam pekerjaan mereka. Tidak pernah ada hari yang membosankan dalam kerja gig.

Kekurangan kerja gig

1 – Bayaran Yang Sederhana

Sementara pekerja tradisional boleh memperoleh gaji bulanan tetap yang setimpal, pendapatan pekerja gig tidaklah tetap pada setiap bulan. Penyelesaiannya, tentu saja adalah untuk melakukan lebih banyak kerja gig.

2 – Tanpa Faedah

Amat sedikit sekali kerja gig yang datang dengan faedah kesihatan atau persaraan. Walaupun terdapat beberapa kontrak jangka panjang yang mungkin datang dengan pakej faedah yang terhad, dan ini juga sebenarnya sangat jarang berlaku.

3 – Cukai Dan Perbelanjaan

Oleh kerana pekerja kontrak gig tidak dikelaskan secara sah sebagai “pekerja”, majikan mereka tidak perlu memotong cukai pendapatan daripada gaji mereka. Akibatnya, pekerja gig perlu membuat pembayaran cukai berdasarkan apa yang mereka perolehi. Selain itu, kebanyakan pekerja gig bertanggungjawab untuk menyediakan atau membeli sendiri peralatan yang diperlukan untuk pekerjaan mereka seperti kereta, motorsikal, komputer, dan telefon pintar.

4 – Tekanan

Dengan semua perkara di atas, ditambah dengan keperluan untuk sentiasa mencari gig seterusnya dan berurusan dengan perubahan dalam kontrak semasa mereka boleh menyebabkan peningkatan kepada tekanan – satu perkara yang tidak diinginkan berlaku untuk fleksibiliti kerja gig yang lebih besar.

Kesimpulan

Ekonomi gig, samada kita menyifatkan ianya sebagai peralihan iklim ekonomi yang dilakukan secara tergesa-gesa atau kecenderungan generasi milenial meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada pekerjaan yang fleksibel dan tujuan kerja yang lebih bermakna berbanding upah. Kini, jelas kelihatan bahawa Ekonomi Gig sedang berlangsung dan akan terus bertapak.

 


Featured Image: Rafiq Sharman Khamis


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen