Pengambilan Pekerja Secara Fleksibel

Pengambilan Pekerja Secara Fleksibel

Sebagai pemilik perniagaan kecil, kesilapan memilih pekerja boleh menyebabkan kerugian dan menjejaskan aktiviti perniagaan. Pengambilan pekerja hendaklah dilakukan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan. Sama ada mengambil pekerja sepenuh atau separuh masa, secara kontrak atau pekerja sambilan.

Berikut adalah penerangan ringkas pecahan cara pengambilan pekerja.

Pengambilan Tetap

Pengambilan pekerja tetap kebiasaannya berterusan, boleh dijangka dan berjadual iaitu dalam tempoh enam bulan atau lebih, dan ia untuk pekerja sepenuh masa atau separa masa.

Pekerja Sepenuh atau Separa Masa

Pekerja sepenuh masa seharusnya mempunyai jadual bekerja selama 37.5 jam seminggu, dan bagi pekerja separa masa jadual bekerja seharusnya kurang daripada 37.5 jam seminggu.

Kontraktor Bebas

Kontraktor bebas atau pekerja kontrak adalah mereka yang melaksanakan perkhidmatan yang khusus berdasarkan kontrak dalam pelbagai bidang. Seperti kerja-kerja penyelengaraan bangunan, keselamatan, pengiklanan dan perhubungan awam.

Melalui Pertubuhan

Melalui Pertubuhan Majikan Profesional dan Pembekalan Pekerja. Anda akan menandatangi perjanjian untuk mendapatkan pekerja. Segala keperluan seperti gaji, pembayaran cukai, urusan sumber manusia serta penyimpanan rekod diuruskan oleh pertubuhan tersebut.

Pekerja Sambilan

Ini merupakan pendekatan “mencuba sebelum membeli”. Anda boleh menggajikan pekerja sambilan dengan sendiri atau menggunakan perkhidmatan agensi. Kebiasaannya pekerja akan dibayar mengikut kadar harian atau mingguan.

Pekerja Bermusim

Pekerja bermusim secara asasnya adalah pekerja separuh masa yang diambil bekerja pada musim tertentu seperti musim perayaan.

 


Disusun dari sumber di laman web SMEInfo.
Featured Image: Background vector created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen