Yezza Pilih Platform Tempahan Penghantaran Delyva

Petaling Jaya, 7 Februari 2022 – Delyva Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan Yezza telah memilih platform tempahan penghantaran dalam taliannya yang dipanggil DelyvaNow. Sejak awal tahun ini, Yezza telah mengintegrasi DelyvaNow ke dalam sistem perdagangannya lalu memudahkan peniaga mengakses berbilang perkhidmatan kiriman cepat dan atas permintaan, melalui satu platform. Yezza adalah tempat peniaga PKS dan mikro membuka kedai dan menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian dalam aplikasi WhatsApp.

Hanif Wahid, CEO Delyva berkata, “Kami teruja bekerja bersama Yezza membolehkan peniaga mengakses platform penghantaran dalam talian kami. Dalam hal mengurus penghantaran, kami memahami cabaran-cabaran yang dihadapi peniaga dalam talian. Sistem DelyvaNow kami berfungsi memperkemas pengurusan penghantaran buat mereka, supaya mereka dapat menumpukan perhatian menjual barangan dan mengembangkan perniagaan mereka. Kami gembira dengan kesan positif yang kami hasilkan bersama Yezza.”

Sementara itu, Ammar Roslizar, CEO Yezza mengulas, “Kami telah menyiapkan integrasi dengan DelyvaNow. Kehadiran Delyva membantu menguatkan Yezza sebagai tempat perdagangan sosial yang sedang meningkat, dan menjadikan urusan perniagaan atas talian lebih cekap bagi peniaga-peniaga kami. Mereka kini dapat mengakses berbilang perkhidmatan kiriman cepat dan atas permintaan hanya dengan menggunakan akaun Yezza mereka.”

“Satu lagi kelebihan utama menggunakan DelyvaNow ialah kedua-dua pedagang kami dan pelanggan mereka kini dapat menjejak penghantaran secara langsung jadi akhirnya integrasi ini membantu meningkatkan pengalaman pengguna juga,” Ammar menambah.

DelyvaNow mempunyai rakan kongsi penghantaran atas permintaan yang beroperasi di lebih daripada 20 bandaraya di seluruh Malaysia. Ini menjadikannya mudah bagi pedagang mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan baru tempat perkhidmatan penghantaran atas permintaan sedia ditawarkan.

DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran atas talian bagi membantu perniagaan q-dagang dan e-dagang menjimatkan wang dan masa pada penghantaran, mengekalkan lebih ramai pelanggan, dan membesar dengan lebih pantas.

Tentang Delyva:

Delyva ialah penyedia penyelesaian penghantaran sehenti bagi sebarang saiz perniagaan. DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran dalam talian yang membantu perniagaan q-dagang dan e-dagang menjimatkan wang dan masa pada penghantaran, mengekalkan lebih ramai pelanggan, dan membesarkan perniagaan mereka dengan lebih pantas. DelyvaNow menghubungkan perniagaan q-dagang dan e-dagang dengan perkhidmatan kiriman cepat dan atas permintaan dengan lancar, memilih perkhidmatan kiriman cepat terbaik bagi setiap pesanan, di samping menyediakan perhubungan lebih baik dengan penerima. Sementara itu, DelyvaX, yang diperkenal pada lewat 2020, ialah sistem pengurusan penghantaran berasaskan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) bagi perkhidmatan kiriman cepat. Ia membolehkan mereka mempunyai fleksibiliti mengurus penghantaran menggunakan penunggang atau pemandu mereka sendiri, dan/atau berintegrasi dengan penyedia perkhidmatan kiriman cepat pihak ketiga pilihan mereka. Delyva Sdn. Bhd. berpangkalan di Selangor. Lawati www.delyva.com.

Tentang Yezza:

Yezza menjadikannya mudah bagi pedagang membuka kedai dalam WhatsApp. Nilai pasaran kasar (GMV) kami ialah RM170 juta, dengan lebih daripada 1 juta tempahan telah diproses dalam Yezza. Pedagang membayar kami RM97 sebulan Dengan lebih 70 juta perniagaan kecil dan sederhana di Asia Tenggara, ini mencipta peluang pasaran bernilai RM88 bilion. Menariknya, tingkah laku membeli menerusi WhatsApp serupa wujud di Amerika Latin dan Afrika. Sebelum ini, kami meningkatkan pendapatan sebuah syarikat pelancongan kepada RM50 juta dengan pejabat di 4 negara. Yezza disokong Y Combinator. (https://yezza.com)

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen