Berkebun, Suri Rumah Jana 2 Ribu Sehari

Berkebun, Suri Rumah Jana 2 Ribu Sehari

Bermula sebagai hobi, Puan Siti Nor Fazidah kini mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjual sayur yang ditanam sendiri. Selain menjual produk penjagaan tanaman yang dihasilkannya.

Minat dari kecil

Menurut Puan Siti, dia mula berminat dengan aktiviti bercucuk tanam ini semenjak kecil lagi. Dalam satu temuramah, Puan Siti memaklumkan bahawa dia turut mengambil subjek sains pertanian sebagai subjek elektif supaya lebih memahami dengan mendalam berkenaan bidang pertanian.

Hobi Puan Siti pula bermula apabila dia terlibat dengan aktiviti menanam pokok bunga untuk menyertai satu pertandingan keceriaan. Tetapi dalam masa yang sama, Puan Siti juga turut menanam sayuran seperti kobis.

Dari Hobi Menjadi Pendapatan

Kini, Puan Siti mengusahakan tanaman sayuran di halaman rumahnya di samping menanam pokok bunga. Puan Siti mengakui bahawa dia sendiri tidak menyangka ramai yang akan tertarik dengan tanaman yang diusahakannya. Sehingga ada yang sanggup membuat tawaran untuk membeli sayuran tersebut.

Tambah Puan Siti lagi, disebabkan itu, dia terpaksa meningkatkan lagi jumlah penanaman sayuran melebihi tanaman pokok bunga. Ekoran permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan penduduk setempat.

Pelbagaikan Produk

Selain menjual sayuran, Puan Siti juga turut menjual beberapa produk penjagaan tanaman yang lain seperti biji benih, baja dan juga racun serangga. Menurutnya, permintaan terhadap produk penjagaan tanaman juga sangat tinggi sekaligus menambahkan lagi sumber pendapatan yang sedia ada.

Puan Siti berkata, selain tanaman sayuran yang menjadi pilihan utama pelanggan. Produk penjagaan tanaman juga dibeli oleh pelanggan yang mahu berkecimpun di dalam dunia pertanian. Ada juga pekebun lain membeli produk Puan Siti kerana mutu kualiti yang cukup memberansangkan.

Luaskan Pasaran

Puan Siti mula memasarkan produknya ke dalam media sosial dengan harapan dapat mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Langkah ini membuahkan hasil yang sangat lumayan. Disebabkan itu, permintaan terhadap produk tanaman dan penjagaan tanaman semakin meningkat dalam kalangan pembeli atas talian.

Cara yang diambil oleh Puan Siti untuk memasarkan produknya juga agak unik. Ini kerana dia bukan sahaja menjual hasil tanamannya, tetapi dia juga turut memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang berminat ingin menceburi bidang pertanian atau yang sedang menghadapi masalah dengan tanaman mereka.

Membuat Persediaan Rapi

Sewaktu saya menghubungi Puan Siti, saya dimaklumkan bahwa Puan Siti akan memberhentikan jualan atas talian untuk tempoh tertentu. Apabila ditanya, Puan Siti memberitahu bahwa dia ingin memastikan persediaannya cukup rapi sebelum dia betul-betul fokus meluaskan pasarannya.

Ini kerana, setelah melakukan jualan atas talian untuk beberapa tempoh waktu. Puan Siti mendapati dia tidak mampu menguruskan perniagaan ini seorang diri. Tambahan pula, sebagai seorang ibu, Puan Siti tidak ingin mengabaikan anak-anaknya yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang secukupnya.

Oleh itu, Puan Siti sedang mengambil inisiatif untuk mencari pekerja tetap dan fokus pada jualan di sekitar perumahannya dahulu. Tetapi, kata Puan Siti, bisnes tanaman ini sangatlah menguntungkan kerana dalam satu hari kita boleh dapat untung melebihi RM2,000 walaupun hanya bercucuk tanam di halaman rumah sahaja.

 


Featured Image: Nur Allia Zahra


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen