Perbaharui Perniagaan Dengan Ezbiz Online

Perbaharui Perniagaan Dengan Ezbiz Online

Jika sebelum ini, saya telah menyiarkan artikel Daftar Perniagaan Guna SSM EzBiz Online. Kali ini saya berkongsi pula panduan pembaharuan perniagaan. Selain pendaftaran perniagaan, Ezbiz Online juga membenarkan pengguna memperbaharui perniagaan secara atas talian. Bagi pembaharuan perniagaan, pengguna dibenarkan untuk perbaharui perniagaan sendiri ataupun perniagaan lain.

Cara Perbaharui Perniagaan Dengan Ezbiz Online

Layari aplikasi web Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my. Log masuk dengan menggunakan username dan password yang telah didaftar dan disahkan. Selepas log masuk berjaya, pilih menu Renewal by Owners di menu My Business Services.

ezbiz2-0

Senarai perniagaan anda akan dipaparkan. Klik ikon di Action untuk teruskan pembaharuan.

ezbiz2-1

Anda akan dibawa ke paparan maklumat perniagaan yang hendak diperbaharui. Sekiranya terlewat untuk perbaharui, anda akan dikenakan kompaun.

ezbiz2-2

A. Expiry Date – Tarikh tamat
B. Compound Amount – Bayaran kompaun jika lewat
C. Business Info – Salinan info perniagaan
D. No of Years – Bilangan tahun yang hendak diperbarui
E. Total Amounts – Jumlah bayaran mengikut tahun dan kompaun jika ada

Klik butang Proceed Payment untuk ke halaman pembayaran. Maklumat pembayaran akan dipaparkan dan anda boleh lakukan pembayaran pembaharuan secara atas talian dengan klik butang Pay Online atau bayar di kaunter SSM dengan klik butang Pay Over The Counter (Cash Only).

ezbiz2-3

Selepas pembayaran berjaya, anda bolehlah memuat turun Salinan dokumen pembaharuan perniagaan seperti sijil perniagaan dan maklumat perniagaan di halaman yang tertera. Tempoh muat turun adalah selama 14 hari selepas pembaharuan selesai.

ezbiz2-4

Manakala untuk perbaharui perniagaan yang bukan milik kita, anda boleh ke menu Renewal by Others dan masukkan No Perniagaan untuk carian.

ezbiz2-5

Seterusnya, anda akan dibawa ke paparan maklumat perniagaan. Ikuti langkah 4 hingga 7 untuk tujuan pembaharuan dan pembayaran.

Kesimpulan

Dengan beberapa langkah sahaja, anda boleh perbaharui lessen perniagaan anda dengan pantas dan tanpa perlu ke kaunter SSM. Mudah bukan?. Selain itu, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang disediakan termasuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan. Anda boleh cuba sendiri dengan melayari laman web Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my.

 


Featured Image: Coffee photo created by pressfoto – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen