Pemasaran yang Berkesan

Teknik Pemasaran yang Berkesan

Pernahkah anda terfikir ba­gaimana sesuatu produk itu menjadi sangat terkenal. Adakah kerana produknya bagus, perkhidmatan yang pantas atau pemasarannya yang berkesan.

Rata-rata pengguna di Malaysia terpukau dengan iklan-iklan di media massa seperti televisyen, radio mahupun di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi, di manakah kekuatan produk mereka sebenarnya di antara medium tersebut.

Saya sebagai pengurus pemasaran syarikat Rimbun Sekebun telah mengenal pasti beberapa cara dan kaedah yang telah mereka gunakan untuk memastikan produk mereka dikenali ramai.

Sebagai contoh produk Milo keluaran Nestle sehingga kini mendapat permintaan yang sangat tinggi, seakan-akan ia adalah benda wajib yang perlu ada di setiap rumah. Atas desakan anak-anak, ibu bapa terpaksa membeli produk berkenaan untuk memberikan kepuasan kepada anak mereka.

Selain dari itu, produk makanan segera paling terlaris di Malaysia iaitu McDonald’s. Saban hari kita terpukau dengan iklannya yang mengasyik dan menggiurkan orang yang menontonnya di kaca televisyen ataupun di media sosial.

Persoalannya, bagaimanakah produk-produk mereka boleh memikat dan memukau hati setiap pengguna di Malaysia. Semuanya berpunca daripada pemasaran yang berkesan. Bagaimana ingin menyediakan pemasaran yang berkesan? Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan produk kita terkenal di mata masyarakat. Antaranya adalah:

Iklan yang menarik

Iklan yang paling memukau sepanjang kajian saya adalah iklan ayam goreng McDonald’s. Kerangupan ayam yang dikunyah dan warnanya yang sangat menarik menjadikan kaunter pembelian sentiasa di barisi oleh pelanggan-pelanggan yang ingin membeli ayam goreng.

Selain itu, contoh iklan lain seperti pakaian Bella Ammara, Nealofar Hijab mempamerkan iklan produk yang memegunkan mata yang memandang. Bohonglah sekiranya dua tiga kali lalu depan mata iklan-iklan tersebut tidak mampu meruntun hati yang memandang. Lambat laun iman di dada lemah jua dan akan membeli produk-produk tersebut tambahan lagi ketika gaji atau bonus baru diterima.

Tagline yang mudah diingati

Pernahkah anda terde­ngar perkataan sebegini, “Anda rasa saya ada masa untuk sa­kit kepala?”. Saban hari kita mendengar iklan tersebut sehingga kita sendiri ingat dan menyebutnya di dalam hati.

Tagline sebegini memberikan kesan kepada mereka yang berasa sakit kepala dan memerlukan ubat, akan teringat dan membeli ubat Panadol tersebut untuk dimakan. Contoh tagline kedua seperti “Minum Milo anda jadi sihat dan kuat” atau “Jom sarapan dengan Milo”. Kebanyakkan ibu bapa yang ingin memastikan anak mereka bersarapan pagi, akan mengumpan dengan menggunakan tagline tersebut, sebagai pembakar semangat supaya anak mereka ingin kekal cergas dan sihat di sekolah.

Papan iklan di lokasi yang strategik

Beberapa produk telah dikesan memasang papan iklan di merata tempat. Contohnya, produk Nurraysa telah memasang papan iklan besar di seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya tertentu.

Saya mengalami pengalaman ini di mana sewaktu saya pulang ke Johor Bahru, saya telah mengira berapa banyak papan iklan produk Nurraysa dipasang. Hampir 10 hingga 12 papan iklan terpampang produk Nurraysa ini dengan slogannya “Apa sa?”.

Sistem pemasaran rujukan

Setiap perkhidmatan yang kita berikan kepada pelanggan, ibarat seperti satu teknik pemasaran. Apabila seseorang telah membeli daripada kita, dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, berserta dengan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka, ia akan menjadi pemasaran mulut ke mulut dan lebih mudah tersebar. Kebarangkalian rakan mereka mendapatkan perkhidmatan dan membeli produk daripada kita adalah tinggi.

Seperkara lagi, belum tentu produk kita sudah terkenal akan menghasilkan jualan yang tinggi. Tetapi, apabila sudah sekali ter­kenal hasil jualan pasti akan melambung tinggi. Ini kerana kebiasaannya permintaan daripada pe­langgan berdasarkan kepercayaan terhadap produk yang sudah terkenal.

 


Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Faiznur Iffah Pydi.
Sumber: Utusan Online
Featured Image: pixabay.com


Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen