Perakaunan Penting untuk Usahawan

Perakaunan Penting untuk Usahawan

Jika ditanya berkenaan akaun dikalangan usahawan. Boleh dikatakan, majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah perakaunan. Malah ada yang beranggapan Bank akaun tu adalah akaun untuk menunjukkan kedudukan kewangan syarikat. Ia tidak benar sama sekali dan bukanlah cara yang betul menunjukkan kedudukan kewangan sebenar sesebuah syarikat.

Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Akaun atau Penyata Kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri daripada tiga bahagian. Imbangan Duga, Penyata Untung dan Rugi serta Penyata Aliran Tunai.

Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan tiga bahagian tersebut.

#1 – Imbangan Duga (Balance of estimation)

Imbangan Duga membolehkan kita mengetahui kedudukan syarikat dari permulaan kita menjalankan perniagaan. Di dalam Imbangan Duga, kita juga boleh ketahui kedudukan aset, libiliti dan ekuiti syarikat. Ia sangatlah penting untuk kita mengetahui kedudukan sebenar syarikat sebelum membuat sesuatu keputusan. Seperti membeli bangunan, memberi bonus pada pekerja, membuat pelaburan dan membuat pinjaman dengan bank.

#2 – Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement)

Melalui penyata untung rugi kita dapat mengenal pasti kedudukan semasa perniagaan dari segi perjalanan operasi. Ini bermakna melalui penyata ini, kita boleh ketahui lebih tepat mengenai operasi syarikat sama ada menghasilkan keuntungan atau kerugian.

#3 – Penyata Aliran Tunai (Cash flow statement)

Penyata Aliran Tunai adalah cara untuk menunjukkan kedudukan keluar masuk wang syarikat. Dari penyata ini, kita boleh mengenal pasti perjalanan aliran tunai perniagaan, sama ada lebih banyak kearah operasi, pelaburan atau kewangan. Syarikat juga boleh mengetahui baki sebenar tunai yang boleh digunakan untuk sebarang pembayaran atau perbelanjaan.

 


Featured Image: Designed by Freepik


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen