Corak pembelian dan penjualan sudah bertukar sejak beberapa tahun ini, seiring dengan kepesatan teknologi. Pembayaran menggunakan nirtunai sudah menjadi budaya rakyat Malaysia. SecurePay sebuah platform pembayaran dan juga pelantar pasaran atas talian telah dibangunkan untuk memberi pilihan yang lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Borak tepi kali bersama seorang graduan UiTM master of computer network, akaunting dari UNITEN dan juga Tech Entrepreneur dari Universiti Stanford. Diatas jasa bakti kepada negeri Kelantan dalam bidang IT, beliau telah dianugerahkan Bintang Seri Kelantan (S.K) pada tahun 2019 oleh Sultan Muhammad V.
Berikut, 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada Ts. Amir Haris Ahmad, seorang teknikal yang berani bertukar menjadi korporat.
#1 – Anda bermula dengan produk DNSVault, mengapa SecurePay?
DNSVault merupakan salah satu produk yang berjaya di bawah jagaan saya. Pembangunan DNSVault melibatkan semua aspek diantaranya ialah Big data, Devops, Security, Hardware, Cloud dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang telah diguna pakai oleh sektor Bank, universiti, ISP dan Kerajaan Malaysia.
Pada Januari 2020, dengan Pengalaman yang ada, saya terfikir untuk menceburi di dalam bidang fintech yang mana SecurePay fokus kepada Security dan Pembangunan Aplikasi. Bagi menguatkan lagi kepercayaan kepada SecurePay, team saya telah menghantar securepay untuk ujian keselamatan Common Criteria (ISO/IEC 15408).
SecurePay juga merupakan pemenang top 10 Selangor Accelerator Programme 2021. Dengan mengukuhkan lagi jenama SecurePay, saya percaya solution ini boleh pergi dengan lebih jauh.
#2 – SecurePay memasuki pasaran Malaysia agak lewat, apa pandangan tentang bukan yang terawal?
Walaupun telah ada beberapa pesaing yang menjadi pelopor di dalam pasaran sekarang. Diharapkan dengan adanya SecurePay ia boleh memberi saingan yang sihat kepada pesaing-pesaing yang sedia ada. Seperti mana yang kita maklum e-commerce CAGR atau kata penuhnya Compound Annual Growth Rate untuk Malaysia pada tahun 2021 adalah USD6.2 billion.
Segmen pembayaran adalah amat besar dan saya yakin SecurePay memasuki pasaran Malaysia pada masa yang tepat. Diharapkan SecurePay akan menjadi pesaing dan memberi khidmat terbaik kepada merchant di Malaysia.
#3 – Apa bagusnya SecurePay berbanding produk sealiran yang lain?
Di SecurePay, kita melakukan customisation features mengikut kehendak partner. SecurePay biasanya akan release beberapa features setiap minggu mengikut keperluan dan request dari pengguna. Di dalam masa yang sama juga SecurePay juga the only payment platform di Malaysia yang certified dengan Common Criteria (ISO/IEC 15408).
Erti kata lain, kalau anda guna SecurePay sama lah anda menaiki kenderaan royce rolls Inspiring Greatness.
#4 – Perancangan seterusnya bagi SecurePay?
SecurePay ingin menjadi pelopor utama di dalam bidang payment solutions. Beberapa pelan strategik telah dirangka. Saya ingin meletakkan SecurePay setanding dengan payment gateway lain yang menjadi third party acquirer. SecurePay juga ingin bekerjasama dengan rakan-rakan strategik dengan memberi mereka nilai tambah dengan melakukan integrasi dan customisation.
#5 – Sedikit tips buat mereka bercita ingin menjadi seperti anda.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana memberi ilham dan kepakaran. Setiap benda yang saya lakukan, biasanya akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan InsyaAllah Allah akan unlock untuk kita. Mungkin bagi founder yang mempunyai kemahiran technical, agak senang untuk membangun sesuatu IT product tanpa modal yang banyak.
Jadi cubalah bikin beberapa projek, InsyaAllah salah satu projek itu akan berjaya. Carilah kawan atau guru dan komuniti yang boleh membantu anda dari segi nasihat dan perkongsian pengalaman yang berharga dari mereka.
Baca: Borak Tepi yang lain
Website: SecurePay.my