Gaji di Singapura tidak dikenakan cukai

Gaji di Singapura tidak dikenakan cukai

Pendapatan dari Singapura tidak dikenakan cukai

Pendapatan yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP). Adalah pendapatan berpunca daripada Malaysia seperti punca perniagaan atau penggajian.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata. Pendapatan yang diterima dari Singapura yang berpunca daripada penggajian dilakukan di negara tersebut, tidak dikenakan cukai di negara ini.

Beliau malah memberitahu, punca pendapatan tersebut bukan berpunca daripada penggajian yang dilakukan di negara ini.

Menurutnya, bagi individu yang menetap di Malaysia melebihi tempoh 183 hari. Individu tersebut dianggap mempunyai status pemastautin bagi maksud percukaian di Malaysia di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Walau bagaimanapun, sekiranya individu ini tidak menerima apa-apa pendapatan berpunca dari Malaysia dan hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura. Maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di negara ini.

“Status permastautin seseorang individu di Malaysia tidak akan menyebabkan semua pendapatan yang diterima itu secara automatik. Tertakluk kepada undang undang percukaian di Malaysia” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau selain itu, sebarang punca pendapatan daripada luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia juga, adalah dikecualikan cukai di bawah Perenggan 28,Jadual 6, ACP 1967.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa cina hari ini yang menimbulkan kekeliruan berhubung pendapatan diterima dari Singapura dan asas penentuan status pemastautin bagi maksud pengenaan cukai pendapatan.

 


Sumber: Utusan Online


 

Kongsikan Artikel Ini