Auto Craver Perkenal Perkhidmatan Tapak Sesawang untuk Penjual Kereta Tingkatkan Pemasaran

Auto Craver Perkenal Perkhidmatan Tapak Sesawang untuk Penjual Kereta Tingkatkan Pemasaran

9 September 2020 – Kuala Lumpur – Bersedia untuk mengubah dan mendigitkan industri penjualan kereta tempatan, Auto Craver Tradings Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan menawarkan TurboWeb, penyelesaian yang mudah dan pantas untuk mencipta tapak sesawang kepada penjual kereta di Malaysia. TurboWeb ditawarkan sebagai pakej perkhidmatan yang termasuk butiran inventori kereta, pengurusan penyenaraian serta perkhidmatan pengehosan sesawang awan. Pakej perkhidmatan TurboWeb ditawarkan secara langganan tahunan pada harga RM3,999 setahun.

Adham Fayumi Wan Saffiey, CEO Auto Craver berkata, “TurboWeb memudahkan penjual kereta mengukuhkan penjenamaan dalam talian merekan dengan mempunyai galeri pada tapak sesawang masing-masing. Penjual boleh memanfaatkan media sosial dan platform pihak ketiga lain dengan memautkannya kembali ke tapak sesawang, mengawal jenama dengan lebih baik, menambah jumlah pelanggan dan membantu mendapatkan peluang jualan baharu secara langsung kepada perniagaan mereka.”

Adham Fayumi Wan Saffiey, Founder, CEO
Adham Fayumi Wan Saffiey, Founder, CEO

TurboWeb diintegrasikan dengan media sosial dan alatan pesanan supaya penjual kereta dapat menikmati pemasaran digital yang lebih bijak.

Tambah lagi, ia menjadikan pengurusan jualan kereta lebih cekap melalui tapak sesawang. Contohnya, apabila sebuah kereta baru disenaraikan untuk jualan dalam pangkalan data penjual, ia akan serta-merta muncul pada tapak sesawang penjual. Sebaliknya, apabila sebuah kereta ditandakan sebagai terjual, sistem TurboWeb akan menurunkannya daripada tapak sesawang.

Dengan pakej perkhidmatan TurboWeb, penjual akan memperoleh tapak sesawang bebas selenggara supaya dapat menumpukan perhatian terhadap kelebihan mereka – menjual kereta.

Mengulas keadaan industri penjualan kereta tempatan, Adham Fayumi berkata, “Industri penjualan kereta di Malaysia matang untuk diganggu. Contohnya, terdapat lebih 4000 penjual dalam sektor kereta terpakai dan terpakai import di seluruh negara dan kami dapati sejumlah besar daripada mereka masih terperangkap dalam cara kerja lama dan tidak berada dalam talian. Jadi, patut menjadi keutamaan bagi penjual-penjual kereta ini beralih ke dunia digital terutamanya dalam keadaan sukar yang kita alami sekarang akibat wabak COVID-19.”

“Kami menggalakkan para penjual, sama ada mereka menjual kereta baharu, terpakai atau terpakai import, untuk melengkapkan perniagaan mereka dengan penyelesaian pemasaran dan perniagaan digital untuk mengukuhkan kehadiran digital dan berkembang,” beliau menyimpulkan.

Tentang Auto Craver

Auto Craver ialah pembangun penyelesaian teknologi pengurusan penjualan kereta yang memuncul. Ditubuhkan pada 2015 sebagai platform bidaan/lelongan kereta, Auto Craver sejak 2017 telah mengubah haluan perniagaan untuk memberi tumpuan terhadap mendigitkan infrastruktur penjualan kereta. Keluaran andalannya yang dipanggil TurboDMS ialah sistem berasaskan awan yang menyeluruh yang membantu penjual kereta mendigitkan alir kerja termasuk permohonan pinjaman kereta supaya mereka dapat menikmati penjimatan kos dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Auto Craver Tradings Sdn. Bhd. berpangkalan di Kuala Lumpur. Sesawang: www.autocraver.com.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen