Memulakan Perniagaan: Objektif Perniagaan

Objektif Perniagaan

Objektif perniagaan adalah kenyataan khusus yang memberikan anggaran pertumbuhan atau pembangunan syarikat.  Ia penting untuk merangka arah tuju perniagaan. Jika anda menjalankan perniagaan tanpa apa-apa objektif perniagaan, anda tidak akan dapat berkembang di mana-mana arah dengan jayanya.

Objektif perniagaan memberi anda pemahaman yang lebih baik mengenai di mana anda berdiri, bagaimana untuk memperbaiki keadaan dan apa perubahan yang diperlukan untuk mencapai objektif anda. Tidak mempunyai objektif perniagaan membawa kepada perniagaan yang tiada arah tuju, berkemungkinan besar akan gagal.

Beberapa contoh Objektif Perniagaan adalah:

1 – Jual 1000 unit produk A dan 500 produk B sebelum 31 Disember 2020. Atau
2 – Kekalkan sekurang-kurangnya 5%  pasaran dalam segmen minuman ringan di Petaling Jaya untuk sepanjang tahun 2021.

Apabila menetapkan objektif perniagaan, anda perlu memastikan perkara seperti berikut.

Kuantitatif

Ojektif perniagaan perlu dinyatakan dengan tepat. Ia tidak boleh dinyatakan samar-samar seperti, ‘jualan kami mesti bertambah!’ bertambah apa? tak tahu.

Jangka masa khusus dan tepat

Jangk masa yang dinyatakan dalam objektif perniagaan mestilah khusus dan tepat. Ini membantu anda untuk memahami kedudukan perniagaan anda berbanding dengan masa untuk mencapai objektif semasa anda.

Fleksibel

Objektif perniagaan anda mestilah fleksibel dan dapat disesuaikan dengan perubahan yang akan berlaku dalam perniagaan. Jika keadaan perniagaan berubah, objektif perniagaan perlu berubah untuk mencerminkan perubahan ini

Mudah difahami

Objektif perniagaan hendaklah dibuat dengan cara yang mudah difahami. Ini membantu dalam meyampaikan objektif anda kepada pelabur, pekerja, rakan-rakan dan sebagainya. Jika objektif perniagaan tidak mudah difahami, ia menjadi sangat sukar untuk dicapai.

Realistik

Objektif perniagaan anda mestilah realistik, jikalau ia tidak realistik dan tidak boleh dicapai, ia mungkin berakhir dengan kekecewaan diri sendiri dan pelabur.

 


Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

Featured Image: pixabay.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen